Sudut Dalam Bulatan

UNIT 2.3

SUDUT DALAM BULATAN



Sudut di pusat adalah sudut yang dicangkum pada pusat bulatan oleh kedua-dua jejari yang melalui hujung lengkok yang tertentu.

Misalnya, dalam rajah yang di atas,

p adalah sudut di pusat yang dicangkumi oleh lengkok minor AB
q adalah sudut di pusat yang dicangkumi oleh lengkok major AB


Sudut di lilitan pula adalah sudut yang dicangkumi pada lilitan bulatan dengan menyambungkan dua hujung lengkok tertentu kepada sebarang titik pada lilitan bulatan itu.

Misalnya, dalam rajah yang di atas,

r adalah sudut di lilitan yang dicangkumi oleh lengkok major AC
s adalah sudut di lilitan yang dicangkumi oleh lengkok minor AC


Sekiranya dicangkumi oleh lengkok yang sama, sudut di pusat adalah dua kali sudut di lilitan. (Lihat rajah di bawah)



Sudut di lilitan dalam semibulatan = 90o. (Lihat rajah di bawah)



Lengkok-lengkok yang sama panjang mencangkumi sudut-sudut di pusat yang sama besar. (Lihat rajah di bawah)

Lengkok AB = Lengkok CD


Lengkok-lengkok yang sama panjang mencangkumi sudut-sudut di lilitan yang sama besar. (Lihat rajah di bawah)

Lengkok AB = Lengkok CD


Lengkok yang sama mencangkumi sudut di lilitan yang sama besar. (Lihat rajah di bawah)



Saiz sudut di pusat bulatan adalah berkadaran dengan panjang lengkok yang mencangkuminya.

Misalnya, dalam rajah yang di atas,



2.3.1

Tentukan nilai x dan y dalam rajah di bawah. Diberi sudut ADB = 25o.



Latihan 2.2


Ke Unit 2.4 -- Sisiempat Kitaran

Ke Unit 3 -- Statistik II

Ke Menu pelajaran