Takrif Sudut pedalaman: Sudut di dalam sebuah poligon (lihat rajah di bawah).
Takrif Sudut peluaran: Sudut-sudut yang berada di sebelah satu sudut pedalaman pada satu garis lurus (lihat rajah di bawah).
a, b, c dan d adalah sudut-sudut pedalaman.
p adalah sudut peluaran bagi a.
q adalah sudut peluaran bagi b.
r adalah sudut peluaran bagi c.
s adalah sudut peluaran bagi d.
Perhatikan: Sudut pedalaman + Sudut peluarannya = 180 darjah
Iaitu bagi rajah yang di atas,
a + p = b + q = c + r = d + s = 180o