Jawapan anda betul. Sila bandingkan langkah-langkah kerja anda dengan cadangan penyelesaian yang berikut:
Sudut AOB di pusat dan ACB di lilitan dicangkumi oleh lengkok minor AB, maka
Sudut AOB = 2 x Sudut ACB
= 2 x 33o
= 66o
Oleh kerana OA = OB = jejari bulatan, maka sudut ABO = sudut BAO dalam segitiga ABO.
Jadi, p = (180o - 66o)/2
= 114o/2
= 57o
Lanjutkan AO ke F di lilitan (lihat rajah di bawah):
Segitiga ACF adalah segitiga dalam semibulatan dengan sudut ACF = 90o.
Sudut AFC = 90o - 26o
= 64o
Dalam sisiempat kitaran AFCD,
sudut AFC adalah sudut pedalaman bertentangan bagi sudut ADC.
Sudut CDE adalah sudut peluaran bagi sudut ADC.
Jadi, sudut CDE = sudut AFC
q = 64o