Median
MEDIAN
Medianadalah nilai cerapan yang terletak di tengah-tengah taburan data apabila nilai-nilai cerapan disusun mengikut tertib menaik.
Untuk menentukan median suatu set data, langkah-langkah berikut harus diikuti:
- Susun nilai-nilai cerapan mengikut tertib menaik.
- Tentukan jumlah bilangan nilai cerapan, n.
- Jika n adalah ganjil, median adalah nilai cerapan yang ke-{[(n-1)/2] + 1}. Misalnya, jika n = 11, maka median data tersebut adalah nilai cerapan yang ke-[(10/2) + 1], iaitu nilai cerapan yang ke-6.
- Jika n adalah genap, median adalah di antara nilai cerapan yang ke-(n/2) dan nilai cerapan yang ke-[(n/2) + 1]. Misalnya, jika n= 10, median bagi data tersebut adalah di antara nilai cerapan ke-5 dan nilai cerapan yang ke-6. Median ini akan ditentukan dengan mencari purata bagi dua nilai cerapan tersebut.
3.2.2
(a) Tentukan nilai median bagi data berikut:
7, 6, 7, 2, 5, 4, 3, 4, 2, 5.
(b) Dalam satu pertandingan memancing, bilangan ikan yang dipancing oleh setiap peserta dicatat dan dijadualkan seperti yang ditunjukkan:
Bilangan Ikan | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |
Bilanga Peserta | 12 | 16 | 25 | 18 | 10 | 6 |
Tentukan median bilangan ikan yang dipancing oleh peserta-peserta dalam pertandingan tersebut.
Ke Latihan 3.2
Ke Unit 3.2 -- Mod, Median, dan Min
Ke Unit 4 -- Nombor Negatif III
Ke Menu pelajaran